AUDUSD Analisa Fundamental Harian 23 Nov 2015

20

moshedfx-forex-malaysia-audusd-009

Aussie Dollar memacu naik untuk hari kedua, lebih 65 pips Jumaat lalu untuk ke paras tertinggi harian sekitar 0.7250 sebelum menutup sekitar paras 0.7235; setelah pasaran mula mengambil peluang kejatuhan harga untuk membuat pembelian baru.  Kenaikan yang tidak dijangka itu, dijangka belum berakhir menurut Ketua Pakar Ekonomi Saxo Bank Steen Jakobsen.

Aussie menolak  di atas paras US72¢ pada hari Jumaat lalu, di landasan yang betul untuk kenaikan mingguan sebanyak 1%, walaupun kejatuhan dalam harga bijih besi dan jangkaan yang semakin meningkat bahawa Federal Reserve AS akhirnya akan mula mengangkat kadar pada mesyuarat FOMC pada bulan depan.  Kenaikan tersebut adalah luar biasa minggu lepas, apabila faktor kejatuhan harga bijih besi diambil kira, dan tembaga yang jatuh ke paras 6 tahun terendah pada paras $2.10 lb, serta minyak yang sedang berada sekitar paras $40 setong.

[adrotate group=”6″]

Walaupun kenaikan tersebut adalah sebahagiannya tentang Dollar AS, sebahagian besarnya juga adalah kerana para pelabur menilai semula kedudukan Aussie sejak beberapa minggu lalu.  Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan data jualan rumah sedia ada yang dijangka menurun dari 5.55 juta unit kepada 5.39 juta unit.  Tiada sebarang berita ekonomi dari Australia hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat