USDJPY Analisa Fundamental Harian 4 Jan 2016

36

trade-forex-malaysia-yen

Dollar Yen susut lebih 55 pips dalam dagangan terakhir 2015 Khamis lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥120.00 sebelum menutup sekitar paras ¥120.20; setelah pasaran Jepun bercuti awal sempena menyambut tahun baru 2016.  Kadang-kadang para trader yang mengikuti berita ekonomi dan kewangan boleh terperangkap dengan turun naik pasaran.  Pelabur, bagaimanapun, boleh melihat perkembangan pasaran dengan lebih jauh dan lama.

Memandang ke belakang, diperhatikan bahawa ini adalah tahun keempat berturut-turut bahawa Yen telah jatuh berbanding Dollar. Dollar AS ditutup pada 2011 berhampiran paras ¥77.00 dan ia telah menamatkan tahun ini berhampiran paras ¥120.00. Apabila membincangkan perubahan itu, pemerhati sering mengelirukan diri mereka sendiri apabila tidak jelas dengan apa yang mereka ukur. Dollar telah meningkat lebih 55.8% berbanding Yen sepanjang tahun lepas.

[adrotate group=”6″]

Yen menuju penurunan rekod tahunan keempat berbanding Dollar sebagai perbezaan dasar monetari di antara Amerika Syarikat dan Jepun yang tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berakhir. Gabungan rangsangan Bank of Japan dan kadar Federal Reserve AS yang lebih tinggi, dijangka menghantar Yen turun 4% lagi tahun ini, menurut anggaran median dalam kaji selidik Bloomberg.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat