USDJPY Analisa Fundamental Harian 6 Oct 2015

36

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-019

Dollar Yen melonjak lebih 65 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 120.55 sebelum menutup sekitar paras 120.45; setelah minggu lalu berakhir dengan Jabatan Buruh AS melaporkan bahawa ekonomi AS hanya menambah 142 ribu pekerjaan pada bulan September.  Angka itu adalah jauh di bawah jangkaan awal 202 ribu pekerjaan. Pengangguran kekal pada kadar 5.1% dan purata pendapatan sejam tidak berubah. Pasaran menjangka peningkatan sebanyak 0.2%. NFP bagi bulan Ogos pula telah disemak semula kebawah daripada 173 ribu kepada 136 ribu.

Federal Reserve AS telah memantau pasaran pekerjaan dengan rapat, untuk menentukan masa yang sesuai untuk menaikkan kadar buat kali pertama sejak tahun 2006. Kadar pengangguran telah menurun secara berterusan, tetapi ahli ekonomi telah mengaitkan ini kepada penyertaan tenaga buruh yang paling rendah dalam satu generasi.  Kerajaan AS melaporkan bahawa kadar penyertaan telah menjunam kepada 62.4% pada bulan September, paras terendah sejak Oktober 1997.

[adrotate group=”6″]

Jumlah tenaga buruh jatuh kepada paras terendah untuk 2015, kehilangan lebih 350 ribu pekerja. Selain angka utama yang lemah, gaji kekal tidak berubah, menunjukkan sedikit tekanan inflasi untuk Feds, dan purata minggu kerja sebenarnya jatuh sedikit kepada 34.5 jam.  Laporan itu telah digambarkan sebagai “mengecewakan secara menyeluruh”.

Di pasaran Jepun, Yen memberi hanya sedikit reaksi kepada laporan pendapatan buruh Jepun yang lemah. Pendapatan tunai buruh Jepun, dilaporkan pada 0.5% setahun berbanding dengan jangkaan 0.6% bagi bulan Ogos. Ini merupakan penurunan daripada paras tujuh bulan tertinggi pada 0.9% yang disemak semula pada bulan Julai lalu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat