Virus Covid-19 Sebenarnya Bukan Punca Dari Makmal Wuhan?

1,644

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menafikan penularan wabak Covid-19 bermula dari makmal di Wuhan, China.

Kumpulan pakar WHO bersama-sama sepasukan penyelidik dari China setakat ini sudah melawat sembilan lokasi untuk mengkaji asal usul virus Covid-19 .

Dalam satu sidang media di bandar Wuhan semalam, WHO berkata, lokasi lawatan itu termasuk Hospital Jinyintan, pasar basah Huanan dan pusat pengajian virus Akademi Sains Wuhan China.

Lapor Bernama, WHO juga telah mengadakan pertemuan dengan kakitangan perubatan, penyelidik makmal, pihak pengurusan dan peniaga di pasar basah selain kakitangan di komuniti perumahan, bekas pesakit, anggota keluarga kakitangan perubatan yang terkorban serta penduduk setempat.

Menurut WHO, antara hasil kajian mendapati untuk membuktikan kelawar dan tenggiling menjadi sumber langsung kepada Covid-19 adalah tidak cukup kukuh, meskipun susunan gen neo-koronavirus di dalam kedua-dua haiwan tersebut adalah mirip dengan susunan gen Covid-19.

Bagaimanapun, WHO berpendapat kelawar, tenggiling, musang, kucing dan beberapa spesies haiwan lain mempunyai kebarangkalian untuk menjadi hos semula jadi kepada virus tersebut.

Sementara itu, menerusi ujian persekitaran yang dijalankan di pasar basah Huanan mendapati virus Covid-19 paling banyak dikesan di gerai hasil makanan laut.

Jelas WHO, wabak mungkin tersebar melalui pesakit, produk rantaian sejuk yang sudah tercemar dengan jangkitan dan produk haiwan di pasar Huanan, namun sehingga kini teori itu masih belum dapat dibuktikan sepenuhnya.

Memetik kenyataan kumpulan pakar tersebut, penularan dalam kalangan manusia di bandar Wuhan pada Disember 2019 dengan kebanyakan kes berlaku pada separuh bulan kedua sementara pasar basah Huanan menjadi antara tempat tumpuan pencegahan wabak.

Namun, berdasarkan hasil penyelidikan, terdapat kes positif yang disahkan di tempat lain di bandar Wuhan ketika kes tertumpu di pasar basah itu.

Dalam perkembangan lain, kumpulan pakar tersebut telah menjalankan penilaian terhadap empat saluran yang mempunyai kemungkinan dalam penyebaran wabak kepada manusia iaitu jangkitan langsung, produk rantaian sejuk, hos semula jadi dan makmal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat