2 Kakitangan Positif COVID-19, NYSE Terpaksa Ditutup! Macam Mana Nak Trade Ni?

3,798

New York Stock Exchange mengeluarkan kenyataan bahawa pusat dagangan terbesar dan terkemuka itu akan ditutup sementara berikutan 2 kakitangannya disahkan positif COVID-19.

Oleh itu, mereka akan menfokuskan kepada dagangan secara elektronik yang akan bermula pada 23 Mac.  Pusat dagangan yang ditutup merangkumi ekuiti NYSE, NYSE American Options di New York dan NYSE Arca Options di San Francisco.

Untuk pengetahuan semua, pasaran saham terbesar itu pernah ditutup beberapa tahun yang lalu iaitu ketika Perang Dunia II. Tetapi, ini adalah kali pertama pusat perdagangan fizikal Big Board ditutup secara berasingan manakala perdagangan elektronik tetap diteruskan.

Menurut Presiden NYSE, Stacey Cunningham, mereka telah mengambil langkah berjaga-jaga pada minggu lalu dengan menjalankan pemeriksaan kesihatan khusus buat para pekerja dan sesiapa sahaja yang masuk ke bangunan tersebut.

Selain itu, bangunan berkenaan turut dibersihkan untuk mencegah penularan wabak merbahaya itu.

Kumpulan perdagangan elektronik yang dikenali sebagai Intercontinental Exchange, bertanggungjawab mengendalikan sesi dagangan elektronik yang dijalankan. Pusat pertukaran tersebut terletak di 18 Broad St. Manhattan. Ketika perdagangan elektronik semakin berkembang di Wall Street, NYSE banyak melakukan perubahan dengan menjalankan lebih banyak sesi dagangan secara elektronik.

Sejak penularan wabak COVID-19, Wall Street berhadapan dengan risiko dan ketidakstabilan. Semalam, Dow Jones Industrial Average ditutup di bawah 20,000 untuk kali pertama sejak Februari 2017. Di samping itu, S & P 500 kini mengalami kerugian sebanyak 30%  berbanding rekod bulan lalu.

Oleh itu, pusat pertukaran berkenaan sedang melaksanakan pelan kesinambungan bagi perniagaannya dan menjalankan pengawasan serta pengawalseliaan terhadap semua sekuriti yang tersenarai dalam NYSE dapat didagangkan tanpa sebarang gangguan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat