3 Isu Ini Masih Jadi Penghalang UK-EU, Tapi Kenapa Pound Naik Pula?

494

Perkembangan mengenai Brexit terus mempengaruhi pergerakan turun naik matawang pound sterling menjelang dagangan hujung minggu.
Pada permulaan sesi Eropah, pasaran dikejutkan dengan laporan bahawa Britain masih enggan berkompromi dalam tiga isu utama yang menghalang kedua-dua pihak daripada mencapai kesepakatan.

Pegawai perunding Kesatuan Eropah (EU) yang memberitahu perkara tersebut dalam satu taklimat yang diberikan kepada duta-duta besar di Brussels hari ini, berkata bahawa EU dan UK hampir mencapai persetujuan dalam kebanyakan isu.

Namun begitu, mereka masih berjauhan dalam tiga isu utama iaitu mengenai hak penangkapan ikan, jaminan persaingan yang adil dan cara untuk menyelesaikan pertikaian pada masa hadapan.

Susulan daripada itu, matawang pound memperlihatkan sedikit penyusutan sebelum kembali didagangkan meningkat.

Peningkatan ini mungkin disokong oleh penerbitan data jualan runcit UK yang menyaksikan peningkatan sebanyak 1.2% pada bulan Oktober, iaitu 5.8% lebih tinggi daripada tahun sebelumnya.

Namun begitu, berita mengenai perkembangan rundingan perdagangan antara UK dan EU akan terus menjadi pemacu utama kepada pergerakan matawang pound dalam pasaran.

Pasaran masih mengharapkan khabar gembira akan diumumkan pada minggu depan sepertimana yang pernah dikatakan oleh pegawai UK sebelum ini bahawa kedua-dua pihak akan mencapai kesepakatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat