3 Negara yang Selalu dikaitkan dengan Imej Mundur Ini Mula Bangkit dan Mengalahkan Ekonomi Gergasi!

334

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Bank Dunia, antara negara yang paling kecil di Asia, menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang lebih cepat berbanding gergasi ekonomi Asia, termasuk China.

Memetik laporan yang dikeluarkan minggu ini, Kemboja, Laos dan Myanmar menunjukkan perkembangan yang paling pesat selepas India bagi tahun 2017-2019. Kesemua negara ini juga dijangka akan mengekalkan pertumbuhan pada kadar 7 peratus.

Sumber : Bloomberg

Keseluruhan gabungan ketiga-tiga ekonomi ini berjumlah $100 Billion dan kira-kira satu pertiga daripada negara Asia yang laian seperto Singapura, Malaysia dan Filipina.

Negara-negara kecil seperti Kemboja, Laos dan Myanmar sedang dalam usaha untuk meningkatkan taraf infrastruktur bagi menjana pertumbuhan dan mempelbagaikan ekonomi mereka. Hal ini disebabkan mereka sering dikaitkan dengan imej mundur di rantau ini.

Menurut Eugenia Victorino, seorang pakar ekonomi di Kumpulan Perbankan Australia & New Zealand, Singapura, Vietnam menjadi model buat Myanmar, Laos, dan Kemboja apabila telah mengubah ekonominya daripada pertanian kepada eksport barangan elektronik seperti telefon pintar.

Mekong juga dilihat berpotensi dalam menjadi hub pembuatan di Vietnam. Ketiga-tga buah negara ini juga dilihat mula meniru model Vietnam untuk memancing FDI dalam menaikkan kapasiti eksport mereka.

China yang juga mempunyai kuasa ekonomi terbesar di Asia mendominasi pelaburan di ketiga-tiga buah negara, dari landasan keretapi sehinggalah pelaburan hartanah.

China yang juga merupakan rakan dagangan terbesar Myanmar sedang membina zon ekonomi khas, loji kuasa dana pelabuhan laut dalam di pantai barat negara tersebut. Selepas berdekad-dekad berada di dalam pemerintahan bercorak ketenteraan, Myanmar mula melakukan reformasi ekonomi sebaik sahaja beralih kepada pentadbiran bercorak demokrasi.

Menurut laporan Global Construction Review, projek keretapi tertangguh yang melalui utara Laos telah dimulakan semula secara rasmi bermula bulan lepas dan menelan belanja kira-kira $5.7 Billion.

Di Kemboja, China telah menambah kapasiti industri melalui program One Belt, One Road. 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat