Eksport China Jatuh, Polisi Trump Mampu Menambah Kejatuhan Ini!

79

Data trade balance (imbangan perdagangan) China baru sahaja dikeluarkan. Data ini dikeluarkan setiap bulan selepas 10 hari, bulan itu berakhir. Maknanya bagi data yang dikeluarkan hari ini adalah data bulan lepas.

Kenapa laporan trade balance China ini penting?

Pada bulan lepas China mencatatkan trade surplus (imbangan perdagangan) sebanyak 298 bilion Yuan dan dijangkakan data bulan ini meningkat kepada 345 bilion Yuan. Namun data yang dikeluarkan pada hari ini kurang daripada jangkaan iaitu 275 bilion. Perdagangan China dilihat semakin menyusut kerana pengurangan dari 298 bilion pada bulan sebelum kepada 275 bilion bagi bulan Disember.

Imbangan perdagangan adalah hasil eksport tolak import yang mana jika hasilnya positif, ia dipanggil ‘trade surplus’ (lebihan dagangan) dan sebaliknya dipanggil ‘trade deficit’ (kurangan dagangan).

Eksport China bagi tahun 2016 merekodkan kejatuhan sebanyak 7.7% berbanding tahun 2015 dengan import susut 5.5%. Hal ini meningkatkan kebimbangan kepada enjin pertumbuhan ekonomi dunia ini dengan negara-negara di Asia banyak bergantung kepada eksport ke negara kedua terbesar dunia ini.

Eksport melebihi import baik untuk sesebuah negara kerana menunjukkan negara itu banyak menjual barang ke negara lain dan begitu juga sebaliknya. Eksport yang tinggi menunjukkan pengaliran wang asing ke dalam Negara yang mampu menaikkan nilai matawang tersebut. Tidak lupa juga Australia sebagai pengeksport terbesar kuprum (copper) dan biji besi (iron ore) ke China akan mendapat kesan daripada data ini.

Perdagangan China dilihat semakin menyusut sejak beberapa tahun ini kerana kurangnya permintaan global dari Eropah, Asia dan US. Perdagangan yang perlahan di China adalah gambaran kepada perdagangan global secara keseluruhannya.

Kebimbangan semakin memuncak apabila Trump mengancam untuk mengetatkan syarat-syarat perdagangan kepada China dalam kempen pilihanrayanya sebelum ini. Hal ini, jika berlaku akan memburukkan lagi situasi perdagangan di China dan global secara keseluruhannya. Kita berharap ada isyarat positif daripada pendtadbiran Trump pada 20 Januari ini dengan perjanjian perdagangan yang lebih baik kepada rakan-rakan dagang Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat