4 Tips Berguna Untuk Pelabur Matawang Kripto Ketika Dunia Berdepan Krisis!

752

Umum mengetahui bahawa dunia sedang bergelut dalam menangani wabak coronavirus yang telah tersebar ke seluruh dunia. Berikutan dengan penyebaran wabak merbahaya itu, ekonomi dunia turut menerima impak besar begitu juga pasaran yang berdepan dengan isu ketidakstabilan bahkan ada yang menggelarkannya sebagai kemelesetan ekonomi terbesar.

Oleh yang demikian, kebanyakan pelabur dihantui dengan rasa takut dan bimbang ketika berhadapan dengan krisis ekonomi dunia. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu takut mahupun panik. Teliti 4 tips berguna ini!

1.Teruskan melabur

Jangan takut atau berputus asa jika anda terpaksa menanggung kerugian. Sebaliknya, teruskan pelaburan dan set dalam minda anda bahawa segalanya akan pulih seperti biasa. Di samping itu, anda mestilah sentiasa mengawal emosi anda kerana ianya adalah salah satu aspek penting yang dititikberatkan dalam semua jenis pelaburan. Kegagalan yang anda hadapi sekarang tidak bermakna bahawa anda akan gagal selama-lamanya.

2.Sediakan dana kecemasan

Dana kecemasan amatlah penting ketika anda berhadapan dengan krisis ekonomi. Hal ini demikian kerana ianya boleh digunakan bagi menampung kehidupan anda dalam jangka masa panjang sekurang-kuranya 3 hingga 12 bulan. Sementara itu, krisis ekonomi global juga bakal meningkatkan kadar pengangguran serta mengakibatkan ketidakstabilan pasaran. Dengan adanya dana tersebut, anda masih mempunyai pendapatan serta boleh digunakan untuk pelaburan. Oleh itu, mulakan menabung daripada sekarang!

3.Simpan sekurang-kurangnya 15% daripada portfolio secara tunai

Sebagai seorang pelabur, anda mestilah menyimpan sekurang-kurangnya 15% daripada portfolio anda dalam bentuk tunai. Walau bagaimanapun, ianya adalah berbeza dengan dana kecemasan. Tunai tersebut akan digunakan bagi aspek pengurusan risiko pelaburan anda. Sekiranya anda mempunyai wang tunai dalam portfolio matawang kripto dan menganggapnya sebagai aset, melihat nilai portfolio bitcoin anda meningkat apabila harga matawang tersebut jatuh. Hal ini demikian kerana wang tunai itu mampu mengatasi Bitcoin. Jadi, anda perlu menyimpan wang tunai untuk kestabilan dan mampu membuat pembelian ketika penurunan harga matawang kripto. Akan tetapi, anda diingatkan supaya tidak menggunakan keseluruhan wang tersebut.

4.Beli lebih banyak bitcoin

Bitcoin merupakan salah satu matawang yang dianggap stabil serta tidak dipengaruhi oleh kebanyakan faktor yang menjejaskan pasaran. Oleh itu, ianya boleh menjalankan fungsi sebagai insurans kepada para pelabur ketika berhadapan dengan inflasi atau krisis lain. Di samping itu, pembelian bitcoin turut dikategorikan sebagai salah satu teknik pengurusan risiko yang betul. Anda digalakkan untuk membeli bitcoin bagi pelaburan jangka masa panjang dan tidak semestinya dibeli dalam jumlah yang besar. Bak kata pepatah, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat