48 Jam Yang Getir, Ukraine Mohon Bertemu Rusia

7,767

Susulan ketegangan yang semakin memuncak di sempadannya, Ukraine telah meminta untuk mengadakan pertemuan dengan Rusia dan negara lain dari kumpulan keselamatan utama Eropah berhubung ketegangan.

Dalam perkembangan terbaharu, Menteri Luar Dmytro Kuleba mengatakan Rusia telah mengabaikan permintaan rasminya untuk menjelaskan tindakan negara itu membentuk barisan tentera di sempadannya.

Ekoran itu, langkah seterusnya yang bakal diambil adalah meminta pertemuan dalam tempoh 48 jam akan datang untuk mendapatkan penjelasan mengenai rancangan Rusia.

Rusia telah menafikan sebarang rancangan untuk menyerang Ukraine walaupun terdapat kira-kira 100,000 tenteranya di sempadan Ukraine.

Namun begitu, beberapa negara Barat, terutamanya Amerika Syarikat telah memberi amaran bahawa Rusia sedang bersiap sedia untuk memulakan serangan pada bila-bila masa.

Sejak minggu lalu, banyak negara telah mengarahkan rakyat mereka meninggalkan Ukraine dan membawa keluar kakitangan kedutaan dari ibu negara.

Ketegangan antara Rusia dan Ukraine telah meningkat sejak kebelakangan ini selepas Moscow enggan menerima penyertaan Kiev (ibu negara Ukraine) menyertai pakatan tentera NATO ditolak oleh sekutu Barat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat