545,000 Peniaga Terima Manfaat, Bank Tanggung Kerugian RM6.4 Bilion – Tengku Zafrul

543

Sebanyak 545,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sudah menerima manfaat daripada geran khas Prihatin berjumlah RM2.1 bilion yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

Ujar Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, geran tersebut disediakan untuk 700,000 PKS dan akan diteliti semula supaya bantuan tersebut dapat disalurkan kepada semua PKS.

Dalam perkembangan lain, Tengku Zafrul memaklumkan bank berdepan kerugian kira-kira RM1.06 bilion setiap bulan sepanjang moratorium dilaksanakan, berdasarkan Standard Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) 9.

Namun menurut beliau, sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, kerajaan akan meneliti situasi dan perkembangan terkini sebelum sebarang keputusan dibuat.

Tambah Tengku Zafrul, bank dianggarkan menanggung kerugian sebanyak RM6.4 bilion sepanjang tempoh moratorium dilaksanakan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat