Ada Sesuatukah Yang Menahan NZD Daripada Jatuh?

406

Dolar New Zealand kekal mempertahankan pengukuhannya pada sesi dagangan Rabu meskipun menerima tekanan berterusan oleh kelemahan dolar Aussie dan US dolar yang lebih kuat.

Pengukuhan ini telah disokong oleh prospek ekonomi New Zealand yang menuju ke arah pemulihan dari krisis pandemik coronavirus setelah semua sekatan di seluruh negara diangkat semula pada minggu lepas.

Kejayaan New Zealand dalam membendung penularan wabak Covid-19 telah meningkatkan keyakinan para pelabur terhadap pemulihan ekonomi negara.

Bagaimanapun, dagangan matawang kiwi masih terancam ekoran Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) yang dikatakan sedang aktif mempertimbangkan perlaksanaan kadar faedah negatif.

Penolong Gabenor RBNZ, Christian Hawkesby mengatakan pada Rabu bahawa bank pusat tidak main-main untuk melaksanakan kadar faedah negatif.

Dalam pada itu, kelemahan dolar Aussie pada sesi sebelum ini telah mengheret dagangan dolar kiwi untuk turut menyusut, namun kemerosotan yang dicatatkan tidak begitu besar, di mana matawang itu terus diniagakan di sekitar paras harga 0.6660 berbanding USD.

Dagangan dolar Aussie sebelum ini telah dilemahkan oleh laporan mengenai China yang menghentikan import arang batu Australia. Arang baru merupakan hasil utama kedua buat Australia selepas bijih besi dan tindakan China selaku pembeli terbesar pastinya bakal menjejaskan ekonomi negara itu.

Tumpuan pelabur seterusnya akan terarah kepada pilihan raya umum New Zealand yang akan diadakan pada 17 Oktober. Perdana Menteri, Jacinda Ardern dijangka akan memenangi pilihan raya ini berikutan kejayaannya dalam menangani krisis coronavirus untuk dua kali berturut-turut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat