Adakah Ini Pengakhiran Kes SEC-XRP? Hakim Arahkan SEC Serah Dokumen Ucapan Hinman!

396

Hakim New York, Analisa Torres mengarahkan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) menyerahkan dokumen dalaman yang mengandungi e-mel dan draf ucapan bekas pesuruhjaya William Hinman pada 2018.

Perintah tersebut dapat memberikan kemenangan besar kepada Ripple susulan ucapan itu mungkin memegang kunci untuk merungkai hujah undang-undang SEC.

Difahamkan majistret telah menolak ketiga-tiga bantahan SEC yang enggan berkongsi dokumen dalaman ucapan Hinman.

Hal ini kerana SEC sepatutnya menyerahkan dokumen oleh hakim Sarah Netburn pada bulan Januari tetapi SEC mendakwa bahawa dokumen ucapan dalaman tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tuntutan atau pembelaan dalam kes itu.

Dan tidak dilindungi oleh keistimewaan proses perbincangan (DPP) yang sepatutnya berfungsi melindungi dokumen ucapan dalaman serta menjaga hak istimewa peguam-klien.

Menurut Torres, DPP tidak akan meminta dokumen privasi SEC sebaliknya hanya pendapat peribadi Hinman dan mahkamah juga tidak akan melindungi dokumen melalui keistimewaan peguam-klien.

Namun begitu mahkamah berpihak kepada Ripple kerana dokumen ucapan itu boleh digunakan untuk mendapatkan bukti kukuh atau menolak saksi dalam perbicaraan.

Sementara itu, ucapan Hinman dikatakan mengandungi ulasan tentang status undang-undang Ethereum (ETH), pandangan sama ada Bitcoin (BTC) selamat atau tidak serta sama ada penjualan syarikat XRP adalah tawaran sekuriti tidak berdaftar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat