Akhir Rizab Persekutuan (The Fed) Zahirkan Kebimbangan Terhadap Isu Koronavirus!

274

Pada hari ini, Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell, berkata bahawa bank pusat A.S. sedang mengawasi ketegangan yang muncul dari wabak koronavirus yang dapat mematikan di China. Penularan wabak ini telah menjadi salah satuk faktor yang menonjol di antara sekian risiko yang dapat mengancam ekonomi A.S. dan dunia.

Menurut Powell, pada ketika ini, bank pusat khususnya memberi tumpuan dalam mengawasi penularan wabak koronavirus yang boleh membawa gangguan di China sehingga memberi impak kepada ekonomi global. Walaubagaimanapun Powell tidak mengatakan bahawa penularan wabak itu akan mengubah prospek dasar Fed untuk ekonomi A.S atau jangkaan ahli Jawatankuasa FOMC bahawa kadar faedah akan dikekalkan pada tahun ini.

Tambah Powell, FOMC percaya pendirian dan pengamalan dasar monetari semasa ini dapat menyokong pertumbuhan ekonomi yang berterusan, pasaran buruh yang kukuh dan mencapai sasaran inflasi pada 2% selagi data-data ekonomi masih konsisten.

Setakat ini wabak koronavirus telah membunuh lebih daripada 1,000 orang dan menyebabkan negara-negara lain berusaha mengatur langkah pencegahan. Wabak ini juga telah memperlahankan sebahagian besar ekonomi China sehingga menganggu perdagangan dan perjalanan orang ramai di seluruh dunia.

Selain Powell, antara pegawai the Fed yang telah menyuarakan keprihatinan terhadap koronavirus pada kebelakangan ini ialah Naib Pengerusi Richard Clarida. Laporan Dasar Monetari mingguan yang dikeluarkan pada 7 Feb, menyatakan bahawa koronavirus adalah “risiko baru” yang berpotensi mengganggu perdagangan dan menekan harga komoditi.

Para pelabur menjangkakan the Fed akan bertindak balas terhadap kadar faedah pada akhir tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat