Amboi, Panjang Kaki Warga China Sampai Jualan Kenderaan Lonjak 30%!

448

‘Maklumlah dah 2 tahun terperangkap mesti ramai berpusu-pusu keluar sekarang ni.’

Jualan automotif China untuk bulan Julai mencatat lonjakan 29.7% berbanding tahun sebelum pada 2.42 juta unit sungguhpun jualan keseluruhan 7 bulan pertama tahun ini rendah 2%.

Data tersebut telah dikeluarkan oleh Persatuan Pengilang Automobil China (CAAM) dengan menggariskan faktor pengurangan sekatan Covid-19 dan insentif kerajaan sebagai penyumbang utama lonjakan.

Mencerap data, jualan kenderaan tenaga termasuk kereta elektrik (EV), hibrid plug-in dan kenderaan sel bahan api difrogen meningkat 120% pada Julai berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Pada asas bulanan pula, jualan Julai 3.3% lebih rendah berbanding Jun ekoran faktor gelombang haba yang memperlahankan kadar pengeluaran kilang serta mengurangkan kunjungan pelanggan ke bilik pameran.

Sungguhpun begitu, insentif kerajaan termasuk memberi cukai pembelian rendah untuk kenderaan enjin kecil dan subsidi pertukaran masuk kendaraan petrol bagi kenderaan elektrik dilihat membantu pemulihan permintaan.

Dalam pada itu, jualan bagi hibrid plug-in dilihat menambah 3 kali ganda dalam tempoh 7 tahun pertama ekoran kos minyak dan harga bateri yang melambung tinggi dan jualan EV meningkat 2 kali ganda.

Selain itu, permintaan bagi kenderaan komersial dikatakan masih lemah dengan jumlah jualan turun 21.5% seterusnya menandakan China masih belum meneruskan aktiviti logistik dan infrastruktur bangunan sepenuhnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat