Amerika Diberi Amaran! Varian Delta Makin Cepat Merebak

656

Kebangkitan semula kes Covid-19 di Amerika Syarikat disebabkan penularan varian virus Delta yang semakin meluas, telah menjadi kebimbangan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

Dalam satu taklimat pada hari Khamis, Pengarah CDC, Dr. Rochelle Walensky memberi amaran bahawa AS masih berada pada titik penting untuk menangani virus tersebut berikutan kes-kes yang kembali meningkat.

Beberapa hospital juga telah mencapai kapasiti mereka untuk menampung pesakit, terutamanya di kawasan-kawasan yang mempunyai kadar vaksinasi yang rendah.

Dalam pada itu, Walensky turut memberitahu bahawa varian Deltar kini merebak dengan kepantasan luar biasa di AS, dan jika dibandingkan dengan penularan virus asal yang meletus pada awal tahun 2020, varian ini adalah lebih agresif.

“Ini adalah salah satu virus pernafasan paling cepat menular yang kita ketahui dan yang pernah saya lihat dalam karier saya selama 20 tahun”, kata Walensky di White House.

Setakat ini, varian delta telah menyumbang lebih dari 83% kes baru di AS. Dr Anthony Fauci, ketua penasihat perubatan presiden, mengatakan terdapat beberapa kawasan di negara ini di mana Delta menyumbang lebih dari 90% jangkitan baru.

Tiga negeri, Florida, Texas dan Missouri, dengan kadar vaksinasi rendah menyumbang 40% daripada semua kes baru di seluruh negara, kata pasukan petugas coronavirus White House, Jeff Zients. Florida sahaja menyumbang 1 dari 5 kes baru di AS untuk minggu kedua berturut-turut.

Di hospital di seluruh negara, 97% orang yang dimasukkan dengan gejala Covid tidak divaksinasi, dan 99.5% dari jumlah kematian akibat Covid juga termasuk yang tidak divaksinasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat