Amerika Syarikat Akhirnya Campur Tangan, Gesa Arab Saudi Tamatkan Perang Harga

4,020

Amerika Syarikat dilaporkan telah menggesa Arab Saudi supaya menghentikan perang harga minyaknya dengan sekutu OPEC, iaitu Rusia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara AS Rabu, jurucakap mengesahkan bahawa Setiausaha Mike Pompeo telah bercakap dengan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman pada hari Selasa.

Antara isu utama yang ditekankan dalam perbincangan tersebut adalah mengenai keperluan untuk mengekalkan kestabilan dalam pasaran tenaga global di tengah-tengah tindak balas di seluruh dunia terhadap impak coronavirus.

Pompeo dan Mohammed turut menyatakan keprihatinan mereka terhadap pandemik coronavirus dan menggariskan keperluan kepada semua negara untuk bekerjasama dalam membendung wabak itu, menurut kenyataan itu.

Niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan pada $ 27.21 setong, menyusut sebanyak 0.6%, sementara WTI Amerika Syarikat merosot 1.3% kepada $24.15 setong.

Ketika perang harga masih berterusan, penganalisis memberi amaran mengenai kemungkinan bahawa harga minyak mentah akan menjunam ke paras harga $10 setong disebabkan pengeluaran yang semakin meningkat.

Kegagalan pakatan antara Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Rusia dijangka akan meningkatkan bekalan minyak, lebih-lebih lagi selepas Arab Saudi merancang untuk mengeluarkan lebih dari 10 juta tong sehari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat