Analisis GOLD – Dah Terjun Bawah $2,200, Harga Emas Berisiko Susut Lebih Rendah

1,148

Dagangan emas pada penghujung minggu lalu menunjukkan tanda-tanda amaran awal kepada para pelabur untuk kemungkinan kejatuhan besar bakal berlaku.

Ini menyusuli penurunan harga emas selepas rekod tertinggi dalam sejarah berjaya dicatatkan minggu lalu mencapai ketinggian sekitar $2,222.

Perubahan pada perspektif lanskap kadar faedah selepas Swiss National Bank (SNB) bertindak menurunkan kadar faedahnya itu, telah mencetuskan panik kecil dalam pasaran.

US dolar sebagai mata wang safe-haven mendapat manfaat di atas suasana pasaran yang berisiko itu sekalgus menekan dagangan emas.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan penurunan berlaku semula dari paras tertinggi yang dicapai.

Setelah harga susut semula di bawah paras 2200.00, pergerakan harga kembali dilihat berlegar di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut menunjukkan isyarat bearish.

Paras paling rendah yang dicecah pada sesi terakhir minggu lalu adalah sekitar 2157.00.

Dagangan yang bersambung pada pembukaan awal minggu ini dilihat kekal berlegar di sekitar penutupan minggu lalu dengan kenaikan di sesi Asia sekadar mencapai 2178.00 dan tidak berjaya melepasi halangan MA50.

Penurunan lebih rendah dijangka untuk diteruskan untuk menguji zon sokongan harga pada sekitar 2145.00.

Jika harga tembus lebih rendah ke bawah, harga bakal melanjutkan penurunan hingga ke sasaran 2100.00 atau 2080.00.

Sementara, sekiranya kenaikan harga berjaya dipaparkan semula, harga yang melepasi halangan MA50 akan cuba untuk menuju semula paras 2200.00.

Selanjutnya, jika terdapat petanda bullish lebih jelas, harga emas berpotensi untuk memecah rekod terbaru lagi selepas itu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat