Analisis GOLD – Emas Catat Sedikit Kenaikan Penghujung Minggu Lalu Ke Paras $1,950

992

Walaupun pergerakan suram sepanjang minggu, namun dagangan emas berjaya pamerkan peningkatan pada penghujung dagangan minggu lalu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan harga berjaya membuat kenaikan pada Jumaat lalu ke zon rintangan 1950.00.

Zon tersebut juga turut diuji pada dagangan minggu sebelumnya yang kekal menghalang harga membuat kenaikan.

Pelabur tidak meletakkan harapan tinggi untuk kenaikan harga emas pada minggu ini berikutan petunjuk hawkish oleh Federal Reserve (Fed) dalam langkah pengetatan dasarnya.

Data inflasi Amerika Syarikat (AS) bakal jadi tumpuan utama yang akan memacu arah pergerakan emas minggu ini.

Kenaikan lebih tinggi boleh dijangkakan ekoran harga memberi isyarat bullish selepas bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Sekiranya kenaikan harga berjaya melepasi rintangan pada 1950.00, pelabur akan lebih optimis untuk menjangkakan harga meneruskan kenaikan dan kemudiannya bakal menguji zon SBR (support become resistance) pada 1970.00.

Kenaikan lanjut harga bakal mensasarkan pada paras tumpuan 2000.00 untuk pergerakan pada trend bullish yang lebih jelas.

Sebaliknya jika zon 1950.00 masih kekal berfungsi sebagai rintangan buat kenaikan emas pada minggu ini, penurunan harga akan dijangkakan untuk ke paras sokongan pada 1900.00.

Dan penurunan lebih rendah di bawah paras tersebut boleh mencecah ke zon sekitar 1870.00 untuk catatkan paras terendah terbaru 8 minggu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat