Analisis Teknikal ETH/USD – Timeframe H1 – 24/1/2018

189

Secara teknikal, harga ethereum mulai pulih setelah ia mencapai harga terendah minggu lalu ke sekitar harga bawah $1000 iaitu $775. Dengan pergerakan yang mulai membentuk wave ke arah bullish dan selagi ianya tidak breakout trendline H1 ini, kebarangkalian adalah tinggi untuk ia breakout Key Resistance Zone untuk meneruskan lagi kenaikan.

Target bullish yang berpotensi dicapai adalah ke sekitar harga $1286.80 atau ke harga tertinggi yang pernah dicatat sebelum ini.  Walaubagaimanapun, sekiranya ia gagal untuk breakout Key Resistance Zone $1150 – $1100 ini, harga ethereum berkemungkinan akan kembali bearish dan menguji semula Key Support $775.

Oleh itu, selagi ia masih berada di atas paras harga support terhampir $930, potensi masih kuat ke arah bullish ketika ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat