Angkara Inflasi, Ini Bakal Jadi Penurunan Mingguan Pertama Minyak Mentah

313

Pasaran minyak mentah tampaknya turut terganggu dengan data inflasi Amerika Syarikat yang terus mencatat rekod tinggi baharu pada bulan Januari.

Ketika sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan menyusut pada sekitar harga $91 setong. Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula diniagakan suram pada $89.60 setong.

Kedua-dua penanda aras itu juga berada di landasan untuk penurunan mingguan pertama mereka setelah mencatat kenaikan selama tujuh minggu berturut-turut.

Data ekonomi terbaharu menunjukkan inflasi AS melonjak ke paras tertinggi hampir 40 tahun sehingga mendorong penggubal dasar Federal Reserve (Fed), James Bullard mengeluarkan kenyataan menyokong pengetatan kuantitatif lebih cepat.

Hal ini telah memacu memberi dorongan kepada US dolar untuk mengukuh, menjadikan harga minyak lebih mahal bagi pemegang mata wang utama yang lain.

Dalam pada itu, para pelabur turut mengikuti perkembangan mengenai rundingan AS dan Iran yang bertujuan untuk memulihkan perjanjian nuklear. Sekiranya kesepakatan dicapai, minyak mentah dari Tehran akan mengalir semula ke dalam pasaran komoditi itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat