Apa Jangkaan Pelabur Untuk Mesyuarat Polisi ECB Malam Ini?

297

Pelabur tidak mengharapkan sebarang perubahan daripada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) yang dijangka akan mengekalkan dasar monetari tidak berubah pada mesyuarat polisi malam ini.

Bagaimanapun, dengan inflasi yang melonjak ke paras tertinggi 13 tahun dan beberapa bank pusat utama lain menekankan mengenai tekanan harga akan berterusan untuk tempoh yang lebih lama, ECB juga mungkin tidak terkecuali untuk mengatakan keprihatinnya.

Kenyataan terbaru daripada Presiden ECB, Christine Lagarde mengenai tekanan inflasi semasa akan diteliti oleh para pelabur sebagai petunjuk seterusnya mengenai hala tuju dasar monetari bank pusat.

Sekiranya beliau masih lagi menegaskan bahawa tekanan harga adalah sementara dan tidak bimbang dengan lonjakan inflasi baru-baru ini, pelabur mungkin akan kecewa dan melepaskan pegangan terhadap matawang euro.

Beberapa data ekonomi yang diterbitkan sebelum ini juga menunjukkan tanda-tanda kelemahan disebabkan tekanan inflasi yang meningkat di tengah masalah gangguan rantaian bekalan global.

Pada mesyuarat polisi edisi September, ECB telah memperlahankan kadar pembelian bon kecemasan coronavirus (PEPP). Namun, bank pusat dengan jelas mengatakan perubahan itu adalah ‘recalibration’ dan bukannya ‘tapering’ atau pengurangan kerana perubahan dibuat atas PEPP bukannya program pembelian aset (APP).

Ketika penulisan, dagangan euro bergerak tenang pada sekitar harga 1.1600 berbanding USD, menandakan kewaspadaan pelabur menjelang pengumuman dasar terbaru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat