AS Kembalikan Pengecualian Tarif Terhadap Import China

543

Pentadbiran Biden telah mengumumkan akan mengembalikan semula pengecualian tarif untuk 352 produk China yang sebelum ini dikenakan semasa era Trump pada 2018.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu, Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) mengatakan bahawa penetapan tersebut dibuat selepas pertimbangan teliti terhadap komen orang ramai dan hasil rundingan dengan agensi AS yang lain.

Pengecualian produk yang dikembalikan akan berkuat kuasa secara retroaktif mulai 12 Oktober 2021 dan berlanjutan sehingga 31 Disember 2022, kata USTR.

Ia meliputi pelbagai jenis import barangan China yang dianggarkan pada mulanya bernilai $370 bilion yang dikenakan oleh bekas Presiden Donald Trump dengan tarif hukuman 7.5% hingga 25%.

Pentadbiran Trump pada mulanya telah memberikan lebih daripada 2,200 pengecualian kepada tarif untuk mengurangkan beban kepada industri dan peruncit tertentu.

Kebanyakannya diberikan tarikh tamat tempoh, tetapi 549 dilanjutkan selama setahun, yang tamat tempoh pada akhir tahun 2020.

Wakil Perdagangan AS, Katherine Tai Oktober lalu telah melancarkan tinjauan sama ada akan mengembalikan semula 549 pengecualian tersebut sebagai sebahagian daripada strateginya untuk menghadapi China mengenai amalan perdagangannya.

Beberapa siri pertemuan maya dengan China telah menghasilkan sedikit peningkatan dalam prestasi Beijing di bawah perjanjian perdagangan Fasa 1 antara Trump dan China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat