AS Mengungguli Senarai 10 Negara Teratas Pemilikan Paten Blockchain

239

Mungkin firma gergasi China, Alibaba mencatatkan rekod paten blockchain tertinggi pada 2020, namun laporan daripada KISSpatent menyatakan Amerika Syarikat (AS) menjuarai rekod tersebut, mendahului negara-negara lain yang turut tersenarai.

Paten blockchain (blockchain patent) bermaksud hak eksklusif yang didaftarkan oleh pihak berkuasa seperti sebuah organisasi antara kerajaan atau negara berdaulat.

Untuk pengetahuan, IBM dan Alibaba merupakan juara pemilikan paten blockchain. Alibaba mencatatkan rekod melebihi 200 paten dan IBM pula lebih daripada 100 paten blockchain.

Ironinya walaupun Alibaba meraih paten terbanyak, rekod tersebut masih gagal meletakkan China di tangga pertama. Sebaliknya, pemilikan paten oleh Bank of America dan Mastercard menolak AS sebagai juara.

KISSpatent juga menjelaskan rekod paten blockchain yang telah difailkan pada suku pertama 2020 jauh lebih tinggi bagi keseluruhan 2019.

AS memiliki 2,112 paten, disusuli dengan Cayman Island (350), Kanada (118), Jepun (108), Korea Selatan (87) dan China (77).

Sebenarnya, kebanyakan syarikat China yang mengungguli kedudukan 10 senarai teratas paten blockchain tidak semua berfungsi bersama blockchain.

KISSPatent menjelaskan syarikat tersebut memiliki aplikasi blockchain hanya sebagai sebahagian daripada portfolio teknologi mereka. Malah, antara sebab China mengfailkan paten paling banyak adalah untuk mengelakkan sekatan perdagangan luar negara.

Kategori teknologi kewangan merupakan kategori yang paling mendominasi, mewakili separuh daripada keseluruhan paten. Ini termasuklah aplikasi yang menggunakan matawang kripto serta yang menyokong penyimpanan atau pertukaran matawang kripto.

Baru-baru ini Square telah melancarkan Cryptocurrency Open Patent Alliance, bertujuan untuk mendemokrasikan akses terhadap teknologi inovatif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat