AS Sekat Dua Jeneral Myanmar

690

Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadap dua anggota tentera yang mempunyai kaitan dengan insiden rampasan kuasa di Myanmar.

“Hari ini, Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC) Jabatan Perbendaharaan AS melaksanakan sekatan terhadap dua individu yang dikatakan mempunyai kaitan dan bertanggungjawab atas rampaan kuasa di Myanmar iaitu Leftenan Jeneral Moe Myint Tun dan Jeneral Maung Maung Kyaw.

“Jabatan Perbendaharaan mengambil tindakan ini sebagai tindak balas terhadap tindakan pasukan keselamatan Myanmar yang menyebabkan kematian petunjuk perasaan yang mengadakan bantahan secara aman,” kata kenyataan dikeluarkan oleh jabatan terbabit semalam.

Lapor Bernama, selepas kudeta, tentera Myanmar mengumumkan kedua-duanya dilantik sebagai anggota Majlis Pentadbiran Negara.

Dalam pada itu, Setiausaha Negara, Antony Blinken berikrar AS akan mengambil lebih banyak tindakan jika kuasa pemerintahan tidak dikembalikan.

“AS akan terus bekerjasama dengan gabungan rakan-rakan antarabangsa untuk memastikan pemimpin kudeta dan mereka yang menjadi punca keganasan bertanggungjawab atas perbuatan berkenaan.

“Kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan keganasa dan mengenepikan kehendak rakyat,” ujar Blinken menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Pada 1 Februari lalu, tentera Myanmar melaksanakan kudeta, mengumumkan perintah darurat selama setahun serta menuduh Parti Liga Demokratik pimpinan Aung San Suu Kyi menipu dalam pilihan raya umum pada 8 November tahun lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat