AS vs UK, Negara Manakah Bakal Menerima ‘Batch’ Pertama Vaksin AstraZeneca?

303

Diam-diam presiden Amerika Syarikat (AS) mengintai peluangnya untuk ‘merampas’ harapan United Kingdom (UK), vaksin AstraZeneca dalam usaha mencegah COVID-19 di negara masing-masing.

Dalam satu pendedahan, Trump dilaporkan telah mengikat janji bersama pengasas AstraZeneca terlebih dahulu sebelum UK untuk mendapatkan vaksin tersebut.

Ini bermakna seperti yang dijelaskan oleh firma AstraZeneca, vaksin tersebut akan diedarkan berdasarkan “siapa cepat dia dapat”.

AstraZeneca menjelaskan, jika pihak kerajaan AS terlebih dahulu mengeluarkan kelulusan penggunaan vaksin tersebut, maka AS berhak mendapatkan bekalan tersebut dalam tempoh terdekat.

Sedia maklum, Trump telah berjanji untuk mengedarkan 300 juta dos vaksin pada awal 2021 menerusi rancangan Operation Warp Speed bernilai $10 bilion.

Berdasarkan rekod peruntukan bagi kedua-dua negara tersebut, AS melabur sebanyak $1 bilion kepada AstraZeneca dengan kolaborasi bersama pakar dari Oxford University untuk menubuhkan vaksin koronavirus

Manakala, UK melabur sebanyak £84 juta bagi tujuan kajian domestik dan £388 juta bagi tujuan kajian di negara-negara lain.

Perdana menteri UK, Boris Johnson berjaya ‘memegang’ 100 juta dos vaksin setakat ini dan AS sudah memiliki satu pertiga daripada satu billion vaksin yang akan dihasilkan AstraZeneca.

Selain AstraZeneca, firma lain yang turut menubuhkan vaksin termasuklah Moderna Inc dan Pfizer Inc.

Rekod kes aktif sehingga hari ini telah mencecah 9,069,555 dengan kematian meningkat kepada 1,118,825. Ini menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 40,323,175.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat