Bagai Mencurah Minyak Ke Api, Komoditi Ini Makin Marak!

379

Harga minyak terus menguat dengan berlegar di sekitar paras ketinggian 13 bulan pada hari Rabu, memperpanjangkan pengukuhan mereka lebih satu minggu setelah data industri menunjukkan penurunan dalam bekalan minyak mentah AS.

WTI Amerika Syarikat didagangkan stabil pada $58.20 setong, sementara niaga hadapan minyak mentah Brent pula kukuh pada $61.02 setong walaupun kedua-dua penanda aras mencatatkan sedikit penyusutan pada sesi Asia.

Terbaru, Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan penurunan stok minyak mentah di pusat penyimpanan utama AS sebanyak 3.5 juta tong pada minggu lalu.

Namun begitu, data tersebut juga memperlihatkan inventori petrol meningkat lebih dari 4.8 juta tong, jauh melebihi jangkaan kenaikan 1.8 juta tong.

Harga minyak telah meningkat sejak bulan November ketika berita positif mengenai usaha pengembangan vaksin Covid-19 telah meningkatkan harapan pasaran untuk pemulihan ekonomi.

Ini dikuatkan lagi dengan usaha daripada negara-negara pengeluar utama OPEC dan sekutunya, OPEC+ untuk memenuhi komitmen dalam mengurangkan pengeluaran minyak mentah bagi membantu keseimbangan pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat