Bencana Tanah Runtuh Venezuela, 36 Terkorban, Lebih 50 Hilang

164

Pengumuman oleh Naib Presiden Venezuela, Delcy Rodriguez menyatakan bahawa korban bencana tanah runtuh meningkat sebanyak 36 individu daripada 22 dan 52 dilaporkan hilang susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku sejurus selepas hujan lebat bermula pada 8 Oktober lalu.

Difahamkan Sungai El Pato yang terletak 64km barat daya dari ibu kota Venezuela Caracas turut menghanyutkan beberapa rumah serta kedai Las Tegeris di negeri Arugua.

Presiden Nicolas Maduro pula bukan sahaja mengarahkan Naib Presiden, Kabinet Sosial dan agensi keselamatan agar memberi penjagaan menyeluruh terhadap rakyat, malah mengisytiharkan tiga hari berkabung disebabkan situasi sukar yang sedang menimpa negaranya.

Diperjelaskan pasukan penyelamat masih mencari para mangsa yang ditinggalkan semasa banjir manakala ahli perniagaan pula kehilangan barang dagangan, tanamannya terjejas serta kebanyakan rumahnya dihanyutkan ke sungai.

Menurut Rodriguez, beliau sedaya upaya menyelamatkan mangsa yang dapat diselamatkan namun beliau mengucapkan takziah kepada individu yang kehilangan orang tersayangnya.

Disebabkan fenomena La Nina*, beberapa bahagian di Venezuela ditimpa lebih banyak hujan daripada biasa.

*Corak iklim yang menggambarkan penyejukan perairan lautan permukaan di sepanjang pantai barat tropika Amerika Selatan

Malah tebing sungai El Pato telah pecah dan air banjir tersebut menghanyutkan pokok, kereta, rumah dan kedai di bandar itu yang berada kira-kira 50km barat daya ibu kota, Caracas.

Seorang lelaki menceritakan situasi cemas ketika rumahnya dihanyutkan tetapi beliau terselamat daripada banjir kerana berpaut pada antena selama 40 minit.

Dalam pada itu, 42 jumlah kematian telah direkodkan ekoran hujan lebat yang berlaku dalam tempoh 2 minggu lepas di pelbagai kawasan negara itu.

Dan lebih 3,000 anggota kecemasan dilaporkan mengambil bahagian dalam operasi mencari dan menyelamatkan mangsa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat