Beraninya Turki Guna Sistem Pembayaran Rusia, AS Tak Marah Ke?

555

Setelah berdepan pelbagai sekatan daripada Barat termasuk sistem pembayaran globalnya, Rusia cuba bangkit dengan menggalakkan negara lain menggunakan sistem ‘Mir’ bagi memudahkan pembayaran.

Mir, ialah sistem pembayaran untuk pemindahan dana elektronik yang ditubuhkan bank pusat Rusia di bawah undang-undang yang diterima pakai pada 1 Mei 2017.

Hasilnya, 5 bank dari Turki telah menerima pakai sistem tersebut di mana menurut Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, ia akan menjadi sumber sokongan kewangan untuk kedua-dua negara.

Dalam pertemuan Erdogan dan Presiden Vladimir Putin di resort Laut Hitam Sochi, kedua-dua pemimpin itu bersetuju untuk mula beralih kepada pembayaran separa dalam Rubel untuk penghantaran gas asli.

Walaupun Turki menyuarakan bantahannya terhadap pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, ia telah mengelak daripada menyertai sekatan Amerika Syarikat dan Eropah terhadap Moscow.

Ia juga terus mengimport tenaga dari Rusia yang menyediakan satu perempat daripada import minyak mentahnya dan sekitar 45% daripada penghantaran gas aslinya tahun lepas.

Ini menunjukkan bahawa Turki masih meneruskan hubungannya dengan Rusia demi kepentingan negara yang sedang bergelut dengan ketidaktentuan ekonomi.

Pembangunan dan pelaksanaan sistem Mir telah dicetuskan oleh pelaksanaan sekatan antarabangsa terhadap Rusia pada 2014.

Malah, pengunduran MasterCard dan Visa dari pasaran Rusia susulan pencerobohan ke atas Ukraine telah menyaksikan peningkatan mendadak dalam penggunaan sistem pembayaran Mir.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat