Bertabahlah Pelabur, Fed Masih Hawkish!

615

Minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan pada awal pagi tadi menunjukkan Federal Reserve (Fed) akan meneruskan langkah kenaikan kadar faedah dan mengekalkannya tinggi untuk beberapa waktu.

Dalam perbincangan yang berlangsung pada 20-21 September lalu, para pembuat dasar menyedari bahawa rakyat Amerika yang berpendapatan rendah telah terkesan dengan ketara akibat inflasi.

Ekoran itu, mereka mengulangi bahawa langkah pengetatan mungkin dilanjutkan dan kadar yang lebih tinggi akan dikekalkan sehingga masalah tersebut menunjukkan tanda-tanda penyelesaian.

Rentetan data inflasi pada bulan Ogos yang telah menunjukkan tanda untuk mereda, Fed memberitahu mereka telah meningkatkan penilaian tentang laluan kadar faedah yang mungkin diperlukan untuk mencapai matlamat Jawatankuasa.

Namun demikian, pembuat dasar mengulas bahawa data inflasi baru-baru ini secara amnya melebihi jangkaan dan ia turun dengan lebih perlahan daripada yang dijangkakan sebelum ini.

Dalam pada itu, Fed telah menurunkan unjuran ekonomi AS yang dijangkakan hanya berkembang 0.2% pada kadar tahunan 2022 dan 1.2% sahaja pada 2023, mengatakan bahawa ekonomi perlu perlahan untuk memulihkan inflasi.

Bagaimanapun, mereka yakin bahawa dasar yang dilaksanakan akan membantu mengembalikan kestabilan harga dan pasaran buruh kekal kukuh.

Mesyuarat diakhiri dengan FOMC memutuskan kenaikan 75 mata asas untuk kali ketiga berturut-turut menjadikan kadar semasa berada pada julat 3%-3.25%.

Pasaran secara meluas menjangkakan kenaikan saiz yang sama akan diputuskan pada mesyuarat seterusnya pada awal November.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat