“Brexit Adalah Pilihan Rakyat. Jadi Kerajaan Perlu Menunaikannya.” -Theresa May

36

Perdana Menteri Britain, Theresa May, berkata semalam bahawa parlimen perlu menerima hakikat yang kerajaan berhak meninggalkan Kesatuan Eropah secara sah dan meneruskan Brexit.

May berkata demikian selepas mahkamah memutuskan bahawa kerajaan Britain memerlukan keputusan Parlimen untuk memulakan proses untuk meninggalkan EU.

Keputusan ini juga telah menimbulkan kemarahan penyokong yang menyokong Britain supaya kekal di dalam blok kerana dikatakan cuba untuk melonggarkan syarat-syarat keluar terbabit.

Dalam masa yang sama, Akhbar Sunday Telegraph melaporkan May memberi isyarat untuk menentang sebarang cubaan bagi menggagalkan usaha kerajaan itu.

Kata May lagi, rakyat telah membuat undian mereka. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk meneruskan permintaan rakyat itu sebaiknya.

Ketua pembangkang dari Parti Buruh juga berkata pada Ahad bahawa beliau akan cuba untuk menghalang penceraian Britain dengan EU jika kerajaan gagal untuk memenuhi tuntutan Brexit.

Hard Brexit

Rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi akan dipertimbangkan oleh Mahkamah Agung Britain awal bulan depan bagi meneruskan proses keluar itu.

Satu kenyataan dari pejabat Perdana Menteri Britain juga memaklumkan bahawa kerajaan akan memberikan fokus demi mendapatkan keputusan terbaik untuk masa depan Britain.

May juga dikatakan akan meneruskan rundingan keluar Britain secara rasminya pada akhir bulan Mac depan.

Ini Yang Berlaku Kepada Pasaran Matawang Sesi Asia Sehari Sebelum Pilihanraya Presiden!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat