Buffet Membeli Saham Bernilai $US12 Billion Sejak Pilihanraya

93

Kegagalan calon Presiden kegemaran Warren Buffet (Hillary Clinton) memenangi pilihanraya US November lalu tidak mematahkan citarasa pelabur terkemuka ini kepada pasaran saham.

Buffet mendedahkan bahawa dia membeli saham yang bernilai $US 12 Billion untuk syarikatnya (Berkshire Hathaway) sejak Trump memenangi pilihanraya pada 8 November lalu.

Cuba teka apa yang berlaku kepada saham yang dibelinya. Ya, nilai saham itu naik lebih tinggi selepas pilihanraya. Berkshire begitu pantas dalam membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan selama kurang tiga bulan kini menyamai separuh dari nilai saham yang dibelinya tiga tahun lepas.

Kepakaran Warren Buffet dalam pasaran saham memang tidak dinafikan. Selama sembilan bulan pertama tahun lalu syarikatnya Berkshire membeli $US 5.2 Billion saham dan menjualnya semula dengan nilai hampir empat kali ganda iaitu $US 20 Billion.

Pasaran saham US semakin meningkat selepas Trump memenangi pilihanraya berikutan keyakinan pelabur terhadap polisi yang dibawa oleh beliau mampu melonjakkan pertumbuhan ekonomi US.

Warren Buffet berkata Trump tidak akan dapat mencapai sasaran pertumbuhan 4 peratus setahun. Beliau menambah jika pertumbuhan berada di paras 2% sekalipun, ia adalah satu keajaiban. Untuk rekod, pertumbuhan ekonomi US tahun lalu adalah 1.6%, paras terendah sejak 2011.

Sememangnya Buffet pakar dalam pasaran global, dengan pengalamannya yang begitu panjang di dalam pasaran memudahkan beliau membuat pilihan kaunter-kaunter saham yang berpotensi meningkat. Rekod kewangan syarikat beliau Berkshire sehingga 30 September 2016 sahaja, mempunyai portfolio ekuiti bernilai $US 102.5 Billion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat