Chicago Jadi Tumpuan Utama Uber Freight

148

Syarikat pengangkutan, Uber akan melabur sekitar $200 juta setiap tahun bagi meningkatkan perkhidmatan pengangkutan trak jarak jauhnya yang baru berusia dua tahun, Uber Freight. Uber juga bercadang untuk membuka sebuah lagi pejabat di Chicago dan menambah pekerja seramai 2 ribu orang dalam tempoh 3 tahun yang akan datang.

Mula dilancarkan pada tahun 2017, Uber Freight wujud bagi menghubungkan antara pemandu trak dengan kapal pengirim. Setakat ini mereka mempunyai kira-kira 1,300 pekerja di Chicago. Ini merupakan sebahagian daripada percubaan Uber untuk menceburi bidang baru selain daripada servis penghantaran makanan, Uber Eats.

Sebelum ini Uber Freight dibahagikan kepada dua unit, satu di San Francisco dan satu lagi di Chicago. Kali ini Uber mahu menggabungkan dua unit tersebut dan meletakkan fokus hanya di Chicago kerana terdapat kepakaran pengangkutan logistik di kawasan itu.

Uber meletakkan keyakinannya di dalam bahagian pengangkutan yang semakin berkembang, meskipun perniagaan keseluruhan Uber terus merekodkan kerugian berbilion dolar setiap suku tahun. Pada bulan Ogos, Uber melaporkan kerugian sebanyak $5.3 bilion, sebahagian besarnya disebabkan oleh perbelanjaan pampasan berasaskan saham.

Antara usaha Uber dalam memikat hati pemandu mereka ialah melalui ganjaran seperti bonus dan faedah tambahan. Tahun lalu Uber Freight memperkenalkan program yang menawarkan subsidi kepada pemandu untuk barang keperluan seperti minyak petrol dan tayar yang dilihat sangat diperlukan oleh pemandu.

Ketika ini saham Uber diniagakan pada nilai $32.24, naik $0.38 pada sesi dagangan semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat