China Belum Serik, Pasar Wuhan Kini Dibuka Semula!

1,662

Pada Januari lalu, semua pasar basah di China telah diarahkan tutup gara-gara jangkitan wabak coronavirus atau lebih dikenali sebagai COVID-19 yang telah dikesan berpunca daripada kelawar dan beberapa jenis haiwan lain yang dijual di situ.

Kini, setelah beberapa bulan menjalani perintah berkurung, negara tersebut menjadi kawasan terawal pulih dan didakwa telah bebas daripada wabak pandemik berkenaan.

Namun, apa yang mengecewakan ialah mereka seolah-olah tidak serik dan tidak belajar daripada kesilapan lalu. Menurut laporan yang dikemukakan, beberapa hidupan liar dan eksotik didapati telah dijual semula di beberapa buah pasar seperti kucing, anjing, cicak, labah-labah, kelawar, ular dan kala jengking.

Untuk pengetahuan semua, haiwan-haiwan tersebut dikatakan sudah lama menjadi menu santapan masyarakat China kerana dipercayai menjadi penawar untuk sesetengah penyakit.

Kesemua pasar itu beroperasi seperti biasa termasuk di Wuhan dan juga di kawasan yang lain.

Akan tetapi, ianya dikawal oleh pengawal keselamatan serta melarang orang ramai daripada mengambil gambar atau video. Adakah mereka sengaja mahu menyembunyikan operasi pasar tersebut?

Meskipun negara kuasa besar itu telah mengisytiharkan bahawa ianya telah pulih daripada virus merbahaya itu, tetapi masih terdapat pertikaian yang dikemukakan kerana jumlah kes COVID-19 sebenar yang dikeluarkan oleh negara tersebut adalah meragukan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat