China Dakwa Perjanjian Tidak Adil, TikTok Tak Jadi Dijual?

203

China dilaporkan enggan meluluskan ‘perjanjian tidak adil’ melibatkan pembelian operasi ByteDance di Amerika Syarikat (AS) oleh Oracle Corp dan Walmart Inc.

Oracle dan Walmart memaklumkan mereka akan ‘menubuhkan’ sebuah syarikat baharu di bawah nama TikTok Global. Lembaga pengarah TikTok Global kebanyakannya terdiri daripada rakyat Amerika, tujuannya adalah untuk meredakan desakan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang sebelum ini merancang menyekat aplikasi TikTok di AS atas sebab-sebab keselamatan.

Sebaliknya, ByteDance menyatakan TikTok Global akan menjadi subsidiarinya di AS dengan pemilikan sebanyak 80%.

“Sangat jelas melihat terma-terma ini telah menunjukkan sikap Washington yang membuli. Mereka menyakiti keselamatan nasional, kepentingan dan maruah China.

“Daripada maklumat yang diberikan oleh AS, perjanjian tersebut tidak adil. Perjanjian itu hanya memenuhi tuntutan Washington yang tidak masuk akal. Sukar bagi kami untuk mempercayai bahawa Beijing akan bersetuju terhadap perjanjian sebegitu,” kata agensi berita China, Global Times semalam.

Kerajaan China sehingga kini masih enggan memberikan butiran lanjut berhubung isi kandungan perjanjian berkenaan walaupun Kementerian Luarnya berulang kali mendesak AS agar menawarkan persekitaran yang adil dan tidak bersikap diskriminasi terhadap firma asing.

Perjanjian pembelian itu memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa Beijing dan Washington.

Terdahulu, ByteDance, Walmart dan Oracle menyatakan mereka telah mencapai perjanjian yang memenuhi tuntutan Trump.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat