China Katakan Tidak Pada Vaksin AS

197

Walaupun sudah berulang kali ditawarkan untuk diberikan vaksin oleh Amerika Syarikat, namun China terus menolaknya.

Susulan bimbang dengan peningkatan varian baharu dan ekonomi China, pentadbiran Biden menawarkan vaksin mRNA dan bantuan lain melalui saluran peribadi.

Pegawai AS juga mencadangkan cara tidak langsung untuk membekalkan vaksin dalam usaha untuk mengelak daripada menyentuh sensitiviti negara itu dalam menerima bantuan asing.

Ini termasuk ketika lawatan diplomat kanan AS ke China pada Disember serta melalui pegawai kesihatan dan perantara.

Pun begitu, Beijing berulang kali mengatakan ia mempunyai vaksin mencukupi dan tidak jelas mengenai keberkesanan mRNA dalam memerangi varian Omicron yang semakin meningkat.

Bagaimanapun, negara itu berdepan masalah untuk memujuk penduduk warga emasnya yang lebih terdedah kepada jangkitan bagi mendapatkan suntikan vaksin.

Menurut data yang dikeluarkan, hanya sekitar dua pertiga daripada individu yang berumur 80 tahun ke atas mendapat vaksin sepenuhnya setakat November.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat