China ‘Reject’ Rancangan WHO Untuk Siasat Asal Usul Covid-19!

722

China menolak rancangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menjalankan penyiasatan kedua mengenai asal-usul coronavirus, termasuk teori yang mengatakan ia bocor daripada sebuah makmal.

Bercakap pada sidang media di Majlis Penerangan Negeri, naib menteri Suruhanjaya Kesihatan Nasional China, Zeng Yixin mengatakan beliau terkejut bahawa WHO telah mencadangkan pasukan itu kembali ke tempat-tempat di pusat bandar Wuhan yang mereka telah kunjungi awal tahun ini.

Zheng Yixin mengatakan bahawa mereka tidak akan menerima rancangan tersebut yang disifatkan sebagai mengabaikan common sense dan menentang sains.

Sementara itu, menurut sekumpulan pegawai tinggi sains China yang memberi taklimat di Beijing pada hari Khamis, mereka tidak bersetuju dengan teori bahawa virus Covid adalah disebabkan kebocoran daripada sebuah makmal, tetapi sebaliknya ia kemungkinan besar merebak daripada haiwan.

Mereka memuji laporan daripada WHO sebelum ini yang menunjukkan punca wabak adalah daripada haiwan, dan mendapati hipotesis bahawa ia disebabkan kebocoran dari makmal adalah sangat mustahil.

“Makmal Wuhan tidak pernah mempunyai virus”, kata Liang Wannian, seorang ahli epidemiologi yang mengetuai pasukan pakar China dan juga bekerja dengan WHO.

Awal bulan ini, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus mendesak China untuk bekerjasama dengan lebih baik dalam penyelidikan institusi tersebut mengenai asal-usul virus tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat