China Sasarkan Malaysia Untuk Pasaran Rangkaian 5G

695

Sekumpulan syarikat telekomunikasi dari China meletakkan Malaysia sebagai sasaran untuk mengembangkan teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima, 5G. Beberapa syarikat terpilih di Malaysia akan membantu dalam penubuhan rangkaian tersebut.

Jika 1G dan 2G bertujuan untuk menyampaikan perkhidmatan suara, 3G untuk sambungan data mudah alih, 4G untuk internet mudah alih, 5G pula bertujuan untuk mengubah fungsi teknologi mudah alih kepada masyarakat dengan pelbagai kelebihan lain seperti kelajuan internet pada kadar 10 hingga 100 kali ganda berbanding 4G.

Antara syarikat yang terpilih ialah Green Packet Bhd dan XOX Bhd yang mana kedua-dua syarikat ini sudah mahir dalam kepakaran 5G.

Dilaporkan semalam nilai saham Green Packet meningkat ke paras tertinggi dalam beberapa tahun, peningkatan sebanyak 23 sen atau 19.01% kepada RM1.41 yang merupakan paras terakhir yang dicapai pada 2010.

Manakala XOX yang memiliki tunai sehingga bernilai RM35 juta, mereka kini sedang menawarkan pelan data 4G dengan memfokuskan kepada penubuhan infrastruktur 5G di Malaysia.

Syarikat itu menyaksikan peningkatan saham sebanyak 11.11% ketika perdagangan aktif pada hari Jumaat lalu ditutup pada 5 sen, menjadikan jumlah nilai pasaran RM54.62 juta. Manakala, kaunter meningkat 1 sen dengan 154 juta saham didagangkan.

Tindakan XOX untuk bekerjasama dengan beberapa pihak seperti Advance Tech Communication Sdn Bhd (ATC) dan DGB Asia Bhd pada tahun ini merupakan satu strategi yang mampu membantu pihak mereka fokus kepada pelbagai rangkaian produk bisnes seiring dengan meningkatkan nilai pendapatan.

Menurut pakar penganalisis dalam penelitian terhadap saham telekom, dijangkakan industri ini akan mengaut keuntungan yang berganda memandangkan dunia kini sedang berada di fasa ke arah teknologi seperti penggunaan 5G, Internet of Things dan AI.

Wabak pandemik Covid19 jelas memberi keuntungan kepada sektor ini seperti yang dapat dilihat, saham bagi Maxis, Celcom dan Digi mengalami peningkatan pada tahun ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat