Data Baik Cetus Semula Kebimbangan, Ekuiti Tumbang Selepas 2 Sesi

129

Nampak gaya dolar kembali jadi pilihan selepas data keluaran dalam negara kasar (GDP) Amerika Syarikat (AS) yang baik mengembalikan kebimbangan pelabur aset berisiko tentang prospek pengetatan dasar agresif.

Bacaan akhir GDP The Uncle Sam meningkat 3.2% berbanding unjuran dan catatan lepas pada 2.9%, menandakan ekonomi AS berkembang dengan baik seterusnya cetus kebimbangan kenaikan kadar faedah yang agresif.

Ekoran itu, Wall Street mengakhiri sesi rali ‘Santa Claus’ yang dialami 2 hari untuk mengurangkan semua keuntungan yang diraihnya minggu ini.

Dow Jones Industrial turun 1.05% pada 33,027.49, S&P 500 hilang 1.45% pada 3,822.39 dan Nasdaq Composite susut 2.18% pada 10,476.12.

Saham Eropah turut mencerminkan prestasi Wall Street dengan indeks STOXX 600 turun 0.97% dan tolok MSCI saham global susut 0.98%.

Situasi dagangan Asia pagi ini pula menyaksikan Nikkei 225 Jepun jatuh 1% dengan teras indeks harga pengguna (CPI) Negara Matahari Terbit naik 3.7% iaitu paras tertinggi sejak Disember 1981.

Indeks S&P/ASX 200 Australia turun 0.84% dan Kospi Korea Selatan susut 1.24%.

Dalam pada itu, mengiringi data GDP adalah statistik tuntutan faedah pengangguran yang menurun daripada unjuran penetapan pasaran.

Perkara ini secara tidak langsung menambah lagi kebimbangan berkenaan kenaikan kadar agresif disebabkan keupayaan ekonomi negara itu menyerap tekanan.

Ulas ketua strategi pelaburan CFRA Research New York, Sam Stovall, kembalinya kebimbangan kenaikan kadar faedah oleh pelabur itu menandakan juga kepulangan potensi kemelesetan pada tahun 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat