Data Ekonomi Yang Mengecewakan Buatkan China Dalam Dilema! Apa Yang Berlaku?

242

Bank pusat China mengurangkan kadar faedahnya pada Isnin untuk kali kedua tahun ini, namun penganalisis berpandangan bahawa ia tidak akan beri kesan yang banyak terhadap untuk merangsang pinjaman dalam ekonomi yang dibanjiri dengan wang tunai tetapi kekurangan permintaan pengguna dan keyakinan perniagaan.

Bank Rakyat China (PBOC) menurunkan kadar pada kemudahan pinjaman satu tahun dan 7 hari sebanyak 10 mata asas selepas data bagi bulan Julai menunjukkan gambaran ekonomi yang lebih suram berbanding sebelumnya.

Disisi yang berbeza, harga rumah juga mengalami kejatuhan. Pelaburan hartanah juga merosot dan pembinaan baharu turut dilaporkan lemah. Jualan runcit China meningkat 2.7% pada bulan Julai, berbanding 3.1% pada bulan Jun, menunjukkan perbelanjaan pengguna yang perlahan.

Pengeluaran perindustrian juga meleset dari jangkaan. Ditambah pula dengan kebimbangan terhadap wabak baharu COVID-19, kebimbangan tentang pekerjaan dan krisis dalam sektor hartanah telah menjejaskan peminjaman oleh syarikat dan pengguna.

Bank-bank China melanjutkan 679 bilion yuan ($101 bilion) dalam pinjaman yuan baharu pada bulan Julai, kurang daripada satu perempat daripada jumlah Jun, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh PBOC minggu lepas. Kebanyakan rangsangan monetari dan fiskal China baru-baru ini telah mengalir ke dalam tabungan. Isi rumah China menambah 10.3 trilion yuan dalam deposit pada separuh pertama 2022.

Berdasarkan Refinitiv Lipper, jumlah aset bersih dana bersama China telah melonjak kepada rekod $1.58 trilion pada akhir Jun, 6.7% lebih tinggi daripada pada awal tahun. Dalam pasaran saham, pinjaman margin terkumpul telah meningkat ke paras tertinggi empat bulan sebanyak 1.64 trilion yuan, manakala dana bersama ekuiti telah menarik $7 bilion dalam dua bulan terakhir.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat