Data Pekerjaan Australia Suram, AUD Bergelut Pertahan Pengukuhan!

320

Data pekerjaan Australia menjadi tumpuan pasaran pada sesi Asia, yang menyaksikan bacaan yang kurang memberangsangkan dalam kadar pengangguran dan perubahan pekerjaan pada bulan September.

Menurut laporan dari Biro Statistik Australia (ABS), kadar pengangguran sedikit meningkat pada 4.6% pada bulan lalu, daripada 4.5% yang dicatatkan sebelumnya. Namun, bacaan yang dicatatkan ini lebih baik daripada jangkaan pasaran untuk meningkat lebih tinggi pada 4.8%.

Sementara itu, jumlah pekerjaan juga semakin berkurang dengan penurunan sebanyak 138,000 dicatatkan pada September, lebih buruk dari jangkaan untuk hanya merosot sebanyak 108,500.

Penyertaan tenaga kerja Australia juga telah menyusut sekitar 330,000 dalam tempoh tiga bulan terakhir iaitu ketika sekatan pergerakam yang ketat dilaksanakan di Sydney dan Melbourne.

Bank Pusat Australia (RBA) sebelum ini telah memberi amaran bahawa pengangguran dijangka meningkat 5% menjelang akhir tahun.

Angka-angka ini menguatkan lagi kenyataan RBA untuk mengekalkan kadar pembelian bon mingguannya sehingga Februari tahun depan dan kadar faedah dijangka tidak berubah sehingga tahun 2024.

Dolar Aussie sedikit susut susulan bacaan yang menyuramkan ini, tetapi ia juga mendapat sokongan daripada kelemahan USD pada sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat