Data Terbaru AS Menambah Potensi Kenaikan Kadar The Fed

41

Harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat mengukuh pada Februari yang menambah lagi bukti bahawa The Fed akan menaikkan kadar pukul 2 pagi nanti.

Data CPI meningkat 2.7% pada Februari berbanding 2.5% yang direkodkan sebelum ini. Jika dibandingkan dengan Januari, harga pengguna meningkat 0.6% berbanding 0.1% yang dicatatkan kali ini. Core-inflation, CPI asas naik 2.2% dari tahun ke tahun.

Data jualan runcit AS yang dikeluarkan pada masa sama juga masih menunjukkan pertumbuhan kukuh dalam perbelanjaan pengguna walaupun ia tidak meningkat dengan lebih pantas. Data ini tidak akan memberi kesan kepada polisi monetari yang juga masih menepati jangkaan pasaran.

Pasaran tidak memberikan impak yang besar selepas data ini dikeluarkan berikutan penetapan polisi oleh The Fed pagi nanti.

Penetapan polisi hari ini akan disertai diselangi dengan ramalan ekonomi suku-tahunan dan juga analsiis ‘dot-plot‘ jangkaan perubahan kadar The Fed.

Sasaran inflasi The Fed adalah 2%, tetapi banyak bergantung kepada data asas perbelanjaan peribadi (Personal Consumption Expenditure, PCE) dalam penentuan peningkatan harga. Indeks ini yang tidak mengambil kira makanan dan bahan api meningkat 1.7% dari tahun ke tahun pada Januari. Kini data ini meningkat kepada 1.9%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat