Debaran NFP, Apakah Nasib Menanti Emas?

687

Harga emas sedikit kukuh pada hari Jumaat, menyusuli penyusutan US dolar yang terkesan oleh data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat mingguan yang tidak memberangsangkan.

Pada sesi Asia, logam kuning itu didagangkan stabil pada sekitar harga $1,830 per auns, manakala niaga hadapan emas pula susut pada $1,833 per auns.

Jumlah tuntutan pengangguran di AS meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada minggu lepas, menyebabkan pasaran mengurangkan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) mempercepatkan langkah kenaikan kadar faedahnya.

Ekoran itu, ia mendorong sedikit penyusutan US dolar untuk berundur dari paras tertingginya berbanding mata wang utama.

Pun begitu, bacaan terbaru ini tidak bermaksud pasaran buruh AS melemah, sebaliknya ia kekal kukuh dan laporan pekerjaan NFP pada malam ini akan menentukannya.

Pekerjaan di AS dijangka akan bertambah sebanyak 224,000 pada bulan Februari, lebih perlahan daripada yang dicatatkan sebelum ini 517,000 pada Januari manakala kadar pengangguran pula kekal pada 3.4%.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat