Defisit Perdagangan New Zealand Mencatatkan -$705 Juta

41

Imbangan Perdagangan bagi negara New Zealand semakin baik pada November, tetapi masih mencatatkan defisit lima bulan berturut-turut.

Biro Statistik Nasional melaporkan defisit perdagangan (trade deficit) susut kepada NZ$705 juta dari $846 juta pada bulan sebelum.

Imbangan perdagangan (trade balance) adalah jumlah eksport tolak jumlah import bersih. Di mana jika hasil tolak itu  positif, ia dipanggil trade surplus (lebihan perdagangan) yang mana adalah baik manakala jika hasil tolak itu adalah negatif, ia dipanggi trade deficit (defisit perdagangan).

Kenapa lebihan perdagangan baik untuk sesebuah Negara? Ok, apabila kita mengatakan data imbangan perdagangan itu adalah trade surplus “lebihan perdagangan”, ia bermakna jumlah eksport adalah lebih banyak daripada jumlah import.

Jika dibandingkan dengan November 2015, nilai eksport barangan jatuh sebanyak $219 juta kepada $3.86 bilion. Eksport pedaging mencatatkan kejatuhan tertinggi sebanyak 31%. Manakala eksport susu tepung, keju dan butter naik sebanyak 2.6%.

Dari segi eksport ke negara luar, Kesatuan Eropah mencatatkan kejatuhan 32% dan ke U.S. 23% seperti yang ditunjukkan oleh data rasmi. Eksport ke negara-negara lain termasuk China, Jepun dan Australia mencatatkan sedikit perubahan.

Defisit perdagangan dilihat semakin besar pada suku ketiga dan semakin baik ketika ini berikutan peningkatan eksport. Hal ini disebabkan permintaan dari pasaran Asia seperti China dan Jepun yang menjadi penyumbang utama kepada penyusutan defisit ini.

Perhatian ketika ini terarah kepada laporan pertumbuhan ekonomi (GDP) negara ini yang akan dikeluarkan pada Khamis. Ekonomi New Zealand dijangka akan berkembang sebanyak 0.8%. Tiada respon yang signifikan oleh pasaran forex sejurus data ini dikeluarkan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat