Drama Tak Habis Lagi, Serba Dinamik Tetap Digantung Walaupun Dah Keluarkan Laporan?

1,535

Macam drama korea, banyak episod cerita Serba Dinamik ni.

Dagangan Serba Dinamik di Bursa Malaysia Securities Bhd kekal digantung sehingga diberitahu kelak walaupun syarikat tersebut sudah mengeluarkan laporan tahunan tertunggaknya yang merangkumi penyata kewangan terudit tahunan (AFS) bersama laporan juruaudit dan pengarah bagi 18 bulan berakhir 30 Jun 2021 pada 6 Januari.

Menurut pemfailan Bursa, ekoran tindakan Serba Dinamik yang tidak memathui arahan mengenai pengumuman penepuam kemas kini fakta semakan bebas khas (SIR), ia kekal digantung dari dagangan.

Sebagai rekod, Serba Dinamik perlu mengeluarkan laporan tahunannya sekali dengan AFS, laporan juruaudit dan pengarag pada 6 Janauri lalu selepas ia melepasi tarikh akhir pertama pada 30 November 2021.

Permohonan dan rayuannya untuk menangguhkan tarik akhir telah ditolak oleh Bursa Malaysia.

Dalam pada itu, status Serba Dinamik telah diturunkan ke PN17 selepas juruaudit luarnya menafikan pendapat mengenai penyata kewangan auditnya bagi tempoh 18 bulan berakhir 30 Jun 2021.

Selain itu, orang-orang penting Serba Dinamik pernah di dakwa atas tuduhan memalsukan kenyataan kewangan kepada Bursa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat