ECB Di Jackson Hole: Jangkakan Kenaikan Kadar Faedah Lebih Besar

212

Selain Federal Reserve (Fed), Bank Pusat Eropah (ECB) juga menawarkan kenyataan hawkish mengenai prospek penetapan dasar monetarinya pada masa akan datang.

Walaupun tanpa kehadiran Presiden Christine Lagarde di Jackson Hole, tetapi kemunculan empat penggubal dasar Isabel Schnabel, Villeroy de Galhau, Martins Kazakhs dan Olli Rehn sudah cukup menunjukkan pendirian bank pusat itu untuk terus menaikkan kadar faedah.

ECB telah meningkatkan kadar sebanyak 50 mata asas pada bulan lalu dan langkah yang sama atau lebih besar kini dijangka akan dilaksanakan pada mesyuarat polisi September.

Sebagai ringkasan, ini beberapa rincian yang diutarakan oleh keempat-empat penggubal dasar tersebut:

  1. Ahli Majlis Pentadbiran ECB Isabel Schnabel
  • Walaupun terdapat risiko kemelesetan, ECB hanya mempunyai sedikit pilihan selain meneruskan laluan ke arah normalisasi.
  • Jangkaan inflasi kini berisiko untuk bergerak melebihi sasaran jangka sederhana 2%.
  • Kadar perlu kekal tinggi, beri amaran supaya tidak menghentikan pengetatan walaupun tanda-tanda awal perubahan tekanan inflasi.
  1. Gabenor Bank Pusat Perancis Villeroy de Galhau
  • Bank pusat perlukan satu lagi kenaikan kadar faedah yang ketara pada bulan Septemebr.
  • Turunkan inflasi kembali ke sasaran 2% adalah tanggungjawab ECB dan tiada keraguan lagi jika perlu menaikkan kadar lebih jauh melebihi normalisasi.
  1. Gabenor Bank Pusat Latvia Martins Kazakhs
  • Tidak menyukai nilai mata wang euro yang lemah kerana ia meningkatkan lagi tekanan inflasi.
  • Jangkakan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 atau 75 mata asas pada mesyuarat September.
  1. Gabenor Bank Pusat Finland Olli Rehn
  • Turut bimbang tentang kesan inflasi daripada kejatuhan nilai mata wang euro.
  • Realitinya inflasi yang terlalu tinggi secara global dan di Eropah, itulah sebabnya untuk bertindak.
  • Langkah seterusnya akan menjadi penting pada bulan September, bergantung pada data masuk dan prospek inflasi.

Meskipun mengakui risiko kemelesetan semakin menekan ekonomi Eropah, tetapi bank pusat itu tetap hawkish ekoran inflasi yang meninggi dan Fed juga bertindak dengan langkah agresif dalam menaikkan kadar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat