Eh, Kenapa AS Pulangkan Semula US$150 Juta kepada Sony?

785

Macam cerita Money Heist tapi versi kripto

Amerika Syarikat (AS) telah memfailkan aduan rampasan aset sivil bagi memulangkan lebih US$154 juta dalam bentuk dana yang didakwa dicuri daripada seorang pekerja anak syarikat Sony Corp yang berpangkalan di Tokyo selepas ia dirampas oleh penguatkuasa undang-undang ketika siasatan dilakukan oleh FBI.

Menurut sumber, Rei Ishii pekerja Sony Life Insurance Company Ltd di Tokyo telah dituduh menggelapkan dana tersebut pada bulan Mei dan menukarkannya ke dalam bentuk kripto yang terkini bernilai 3,879 Bitcoin atau lebih US$180 juta.

Dana tersebut telah dirampas oleh pihak berkuasa pada 1 Disember lalu selepas pihak FBI menjalankan siasatan dan mendapati Ishii telah memalsukan arahan transaksi sehingga dana tersebut dipindahkan ke akaun yang dikawalnya di sebuah bank di La Jolla, California.

Jabatan kehakiman mengesahkan kesemua Bitcoin yang dicuri itu telah dipulihkan dan dipelihara dan Ishii telah didakwa di Jepun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat