Ekonomi A.S – Tinjauan Terbaru Fed Philadelphia Buatkan Pelabur Gusar?

1,050

Tinjauan ekonomi Amerika Syarikat (A.S) dilihat lemah dan inflasi dijangka kekal lebih tinggi daripada jangkaan sebelum ini untuk sementara waktu berdasarkan tinjauan dijalankan oleh Federal Reserve Bank of Philadelphia terhadap para pakar ekonomi.

KDNK benar diramalkan berkembang pada kadar tahunan 2.3% pada suku ini, turun 1.9 mata peratusan daripada tinjauan terakhir tiga bulan lalu, dengan kadar tahunan dilihat jatuh kepada 2.3% pada tahun hadapan dan 2.0% pada 2024, kedua-duanya lebih rendah daripada anggaran sebelumnya.

Gambaran terbaharu yang dikeluarkan oleh Philadelphia Fed adalah berdasarkan 34 peramal ekonomi terkemuka juga dimana mereka berpendapat data inflasi Indeks Harga Pengguna (IHP) suku semasa akan mencatat 7.1% pada kadar tahunan, meningkat daripada 3.8% pada masa tinjauan terakhir. Mereka juga meramalkan inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) pada suku semasa ini menjadi 5.7% pada kadar tahunan, meningkat daripada 3.1% sebelumnya.

Walaupun unjuran pertumbuhan ekonomi semakin lemah dan Fed berhadapan inflasi yang tinggi selama 40 tahun, pakar ekonomi tetap menjangkakan hanya sedikit peningkatan dalam pengangguran.

Mereka melihat kadar pengangguran pada 3.6% pada suku ini. Itu tahap yang sama yang mereka jangkakan pada 2022 dan 2023, dengan ia hanya meningkat sehingga 3.8% dalam tempoh dua tahun berikutnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat