Ekonomi AS Berkembang 2.6%, Inflasi Kanada Meleset Daripada Jangkaan

654

Pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat kurang daripada jangkaan pada suku keempat walaupun perbelanjaan pengguna merekodkan bacaan tertinggi dalam tempoh tiga tahun lalu sekaligus mendorong peningkatan import.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) meningkat 2.6% secara tahunan seperti yang dilaporkan pada Jumaat.

Ekonomi sebelum ini pada suku ketiga meningkat sebanyak 3.2% di mana jangkaan untuk kali ini adalah lebih tinggi daripada bacaan sebenar iaitu 3.0%. Terdapat sedikit tekanan kepada US dolar selepas data ini dikeluarkan pada pukul 9.30 malam.

Permintaan domestik melonjak 4.6% tertinggi sejak tiga tahun lalu.

Data tempahan durable-goods Amerika Syarikat

Tempahan durable-goods (barangan tahan-lama) meningkat 2.9% bulan lalu selepas mencatat kenaikan 1.7% pada November. Manakala bacaan core durable-goods yang tidak mengambil kira tempahan pengangkutan juga naik melebihi jangkaan pasaran.

Inflasi Kanada Meleset Dari Jangkaan

Inflasi tahunan Kanada jatuh seperti yang dijangka tetapi melebihi daripada jangkaan pasaran pada Disember. Kejatuhan ini disebabkan oleh penyusutan harga gasolin seperti yang ditunjukkan pada Jumaat.

Inflasi tahunan merosot kepada 1.9% daripada 2.1% sebelum ini.

Harga makanan meningkat 2% dengan pengguna-pengguna membayar harga lebih tinggi untuk makanan.

Dengan bacaan inflasi yang meleset daripada jangkaan, dolar Kanada (CAD) jatuh secara keseluruhan dengan USD/CAD ketika ini naik hampir 60 pip setakat pukul 10.26 malam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat