Ekonomi China Berkembang Lebih Pantas Pada Suku Kedua 2017

119

Ekonomi China berkembang pantas lebih daripada jangkaan pada suku kedua tahun 2017 disokong oleh sektor tradisi ekonomi kedua terbesar dunia ini.

Biro Statistik Nasional melaporkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK (GDP) berkembang 6.9% pada suku kedua tidak berubah daripada suku pertama. Jangkaan bagi data kali ini ialah kenaikan 6.8%.

Sepanjang empat suku tahunan terakhir, ekonomi China banyak bergantung kepada perbelanjaan kerajaan dan juga akses kepada kredit yang lebih murah bagi membantu perkembangan ekonomi. Pada masa yang sama, usaha untuk menyerap risiko hutang sektor perumahan juga telah menunjukkan keberkesanan usaha kerajaan.

Lebihan dagangan yang dilaporkan minggu lalu juga menunjukkan eksport China yang semakin meningkat sehingga mencatat lebihan $42.77 billion. Jualan runcit yang mengukur perbelanjaan kerajaan dan swasta pula meningkat 11% secara tahunan bulan lalu.

Lebihan dagangan antara China dan US juga mencapai paras tertinggi 20-bulan lalu yang mampu menimbulkan risiko kritikan oleh pentadbiran baru US.

Satu lagi data penting yang juga menunjukkan aktiviti ekonomi China iaitu keluaran industri turut dikeluarkan pagi tadi. Data berkembang 7.6% dalam tempoh 12 bulan sehingga Jun di mana jangkaan kali ini adalah 6.5%.

Data-data semasa menunjukkan pertumbuhan pantas oleh enjin pertumbuhan ekonomi dunia ini seterusnya memperlihatkan pemulihan pantas dalam ekonomi global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat